^^,
Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati yang kenal imaan, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta Tuhan. Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya. Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara.






